Sesi Libat Urus (SLU) Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bersama Kerajaan Negeri Kelantan telah diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 17 November 2024.

Selepas SLU bersama Kerajaan Negeri Kelantan, agenda diteruskan dengan program MADANI MENDENGAR oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi bersama rakyat Negeri Kelantan.

SLU RMK13 ini adalah langkah penting untuk menilai prestasi dan merumuskan hala tuju bagi pembangunan negara.

Input daripada pelbagai pemegang taruh adalah kunci untuk memastikan RMK13 mencapai matlamatnya dan memenuhi keperluan masyarakat.

Orang ramai juga dijemput untuk mengemukakan cadangan dan pandangan melalui laman web rasmi RMK13 https://rmk13.ekonomi.gov.my/rmk13/pandangan-awam/.