- 2 views
Kementerian Ekonomi telah menganjurkan sesi perkongsian pengetahuan bertajuk Aplikasi Pendekatan Sosiologi dan Antropologi Dalam Penggubalan Dasar yang disampaikan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Sharina Abdul Halim, Timbalan Pengarah LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 29 Julai 2024 di Menara Prisma, Putrajaya. Di antara penyelidikan YBrs. Dr. Sharina adalah berkaitan pembangunan pulau dan komuniti Orang Asli, ๐จ๐ช๐จ๐ฉ๐๐๐ฃ๐๐๐ก๐ ๐ก๐๐ซ๐๐ก๐๐๐ค๐ค๐, pembangunan pelancongan serta pemuliharaan warisan.
Objektif sesi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai Kementerian Ekonomi mengenai kaedah dan perspektif pendekatan sosiologi dan antropologi dalam penggubalan dasar awam.
Pemahaman ke atas kepelbagaian dan perbezaan pola budaya masyarakat serta implikasinya adalah signifikan dalam penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Melalui sesi ini, pegawai-pegawai Kementerian telah didedahkan dengan falsafah dan konsep utama sosiologi alam sekitar, perbezaan antropologi dan sosiologi, konsep "๐ฉ๐๐๐ฃ๐ ๐๐ก๐ค๐๐๐ก๐ก๐ฎ, ๐๐๐ฉ ๐ก๐ค๐๐๐ก๐ก๐ฎ" serta kepentingan untuk mencerakinkan tindakan berkaitan sosiologi alam sekitar yang telah dipersetujui di peringkat global untuk disesuaikan dalam konteks lokal (๐ก๐ค๐๐๐ก ๐๐ค๐ฃ๐ฉ๐๐ญ๐ฉ).
Selain itu, penceramah juga turut menekankan bahawa penggubalan dasar awam seharusnya mengambilkira kepentingan pelbagai pihak termasuk aspek pemuliharaan warisan serta hubungkait antara warisan semula jadi dan budaya.
Sebagai contoh, pihak UNESCO telah mengiktiraf Global Geopark Langkawi sebagai Global Geopark pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.
Tapak warisan ini menampilkan aspek penglibatan komuniti, sejarah dan geografi yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak bagi tujuan pembangunan, pendidikan serta pemuliharaan lestari.
#KementerianEkonomi
#MalaysiaMADANI
#RMK13