Kementerian Ekonomi telah menganjurkan sesi perkongsian pengetahuan bertajuk Aplikasi Pendekatan Sosiologi dan Antropologi Dalam Penggubalan Dasar yang disampaikan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Sharina Abdul Halim, Timbalan Pengarah LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 29 Julai 2024 di Menara Prisma, Putrajaya. Di antara penyelidikan YBrs. Dr. Sharina adalah berkaitan pembangunan pulau dan komuniti Orang Asli, ๐™จ๐™ช๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ž๐™ฃ๐™–๐™—๐™ก๐™š ๐™ก๐™ž๐™ซ๐™š๐™ก๐™ž๐™๐™ค๐™ค๐™™, pembangunan pelancongan serta pemuliharaan warisan.

Objektif sesi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai Kementerian Ekonomi mengenai kaedah dan perspektif pendekatan sosiologi dan antropologi dalam penggubalan dasar awam.

Pemahaman ke atas kepelbagaian dan perbezaan pola budaya masyarakat serta implikasinya adalah signifikan dalam penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Melalui sesi ini, pegawai-pegawai Kementerian telah didedahkan dengan falsafah dan konsep utama sosiologi alam sekitar, perbezaan antropologi dan sosiologi, konsep "๐™ฉ๐™๐™ž๐™ฃ๐™  ๐™œ๐™ก๐™ค๐™—๐™–๐™ก๐™ก๐™ฎ, ๐™–๐™˜๐™ฉ ๐™ก๐™ค๐™˜๐™–๐™ก๐™ก๐™ฎ" serta kepentingan untuk mencerakinkan tindakan berkaitan sosiologi alam sekitar yang telah dipersetujui di peringkat global untuk disesuaikan dalam konteks lokal (๐™ก๐™ค๐™˜๐™–๐™ก ๐™˜๐™ค๐™ฃ๐™ฉ๐™š๐™ญ๐™ฉ).

Selain itu, penceramah juga turut menekankan bahawa penggubalan dasar awam seharusnya mengambilkira kepentingan pelbagai pihak termasuk aspek pemuliharaan warisan serta hubungkait antara warisan semula jadi dan budaya.

Sebagai contoh, pihak UNESCO telah mengiktiraf Global Geopark Langkawi sebagai Global Geopark pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.

Tapak warisan ini menampilkan aspek penglibatan komuniti, sejarah dan geografi yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak bagi tujuan pembangunan, pendidikan serta pemuliharaan lestari.

#KementerianEkonomi

#MalaysiaMADANI

#RMK13