Putrajaya, 13 Mac 2020 -  YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) telah mempengerusikan  Mesyuarat Pengurusan Bilangan 3 Tahun 2020 Unit Perancang Ekonomi di Aras 6, Setia Perdana 6, Kompleks Setia Perdana.

Mesyuarat ini turut dihadiri YB Tuan Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) serta pihak Pengurusan Tertinggi  Unit Perancang Ekonomi.