YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali telah menyampaikan watikah Pelantikan Pesuruhjaya Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 kepada Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Dr. Uzir Mahidin di Majlis Penyerahan Arahan Banci.

Pada 3 Februari 2020 yang lalu, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menandatangani perkenan Arahan Banci dan Pelantikan Pesuruhjaya Banci bagi melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan tahun 2020 di seluruh Malaysia berdasarkan Seksyen 3, Akta Banci 1960 [Akta 16]. Pesuruhjaya Banci bertanggungjawab menyelia pengambilan banci yang dilaksanakan.