Putrajaya, 11 Februari 2020 - YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi telah menghadiri Majlis Perasmian Perdana International Anti-Corruption Champion Fund (PIACCF) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

PIACCF dilancar bagi menyalurkan bantuan kepada petugas agensi antirasuah di seluruh dunia dengan sumbangan awal sebanyak RM500,000 dan menjadikan Malaysia negara pertama berbuat demikian.

Dana tersebut bertujuan menyalurkan bantuan kepada para pegawai agensi antirasuah yang menjadi sasaran atau terdedah kepada ancaman terhadap nyawa, keselamatan dan maruah mereka ketika menjalankan siasatan dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti rasuah.

Hadir sama adalah YBhg. Dato' Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.