Putrajaya, 22 Jun 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) menerima kunjungan hormat oleh TYT Frederic Laplanche, Duta Perancis ke Malaysia.

Pertemuan tersebut membincangkan kerjasama dua hala bagi memperkasakan ekonomi termasuk konsep 'travel bubbles' di negara Eropah. YB Dato' Sri turut menerima cenderahati kenangan berbentuk sebuah buku mengenai Kelantan hasil karya rakyat Perancis.