- 57 views
Pekan, 27 Jun 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) mengadakan lawatan kerja ke FELDA Chini hari ini.
Lawatan kerja sehari tersebut diadakan bagi melihat pelaksanaan Program Pembangunan Peneroka di samping memberi peluang kepada YB Menteri untuk berinteraksi secara bersemuka bersama warga peneroka.
Antara projek pembangunan usahawan yang dilawati termasuk ladang ternakan lembu oleh En Firdaus dan projek Sentuhan Kasih tanaman Apollo Melon.