- 2043 views
Melaka, 10 Julai 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka.
Kunjungan hormat tersebut merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan antara Kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan terutamanya dalam konteks pembangunan ekonomi.
Turut bersama, YBhg. Dato' Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi serta pengurusan tertinggi EPU.