- 113 views
Kuala Lumpur, 13 Julai 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) hadir ke Sesi Perjumpaan Bersama 'Friends of EPU'.
Sesi perjumpaan tersebut bertujuan untuk memberikan penerangan lebih mendalam mengenai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan baru-baru ini di samping menjelaskan peranan agensi di bawah seliaan YB Menteri seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC).
Seramai 16 ahli parlimen hadir antaranya YB Tuan Arthur Joseph Kurup; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan YB Tuan Mohd Shahar Abdullah;Timbalan Menteri Kewangan II.
Hadir sama, YBhg. Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali; Pengarah Eksekutif EAC, YBhg. Dato'Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Pengarah dan pengurusan tertinggi Unit Perancang Ekonomi.