- 353 views
Kuching, 17 Julai 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) hadir ke Majlis Makan Malam dan Sesi Perbincangan bersama YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak yang turut dihadiri tiga Timbalan Ketua Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengarah UPEN Negeri Sarawak.
Dalam perbincangan tersebut, beberapa perkara dibincangkan khususnya dalam meningkatkan infrastruktur serta perancangan pembangunan Negeri Sarawak di dalam penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)
Hadir sama adalah YBrs. Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Makro), YBhg Dato' Ahmad Zamri Khairuddin, Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah serta delegasi dari Unit Perancang Ekonomi, JPM.