Kuala Lumpur, 20 Julai 2020 - YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Bil. 16/2020.

Agenda pemulihan ekonomi tetap diteruskan melalui siri-siri mesyuarat yang berjalan setiap minggu walaupun berhadapan dengan jadual yang padat berikutan Sidang Dewan Rakyat yang telah bermula awal minggu lalu.

Hadir sama YB Dato Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Senator Dato' Sri Tengku Zafrul, Menteri Kewangan serta ahli mesyuarat EAC.