Shah Alam, 6 Ogos 2020 - YB Tuan Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merasmikan Majlis Pelancaran Projek AEON Rider pada hari ini.

Setinggi-tinggi tahniah kepada AEON Retail Malaysia dalam menyediakan 300 peluang pekerjaan sebagai AEON Rider kepada rakyat Malaysia yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19. Tawaran pekerjaan sebagai AEON Rider adalah secara kontrak dengan motorsikal yang disediakan oleh pihak AEON di samping faedah perubatan, insurans kemalangan dan cuti tahunan/ganti sama seperti pekerja-pekerja lain.

Industri penghantaran makanan di bawah Gig Ekonomi ini seharusnya bertunjangkan kepada konsep pendigitalan. Aspek pendigitalan ini menjadi agenda utama Kerajaan yang kini sedang dirangka oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dalam pelan jangka sederhana dan jangka panjang pemulihan ekonomi.