Kota Belud, 22 Ogos 2020 - YB Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) hadir merasmikan Program Pembangunan Rangsangan Ekonomi Keluarga Bersama Peniaga anjuran Persatuan Penduduk Kampung Piasau Kota Belud.

Program ini telah berjaya menghimpunkan para peniaga yang begitu kreatif dalam menghasilkan pelbagai produk khususnya kraftangan untuk dipasarkan kepada pelancong.

Kawasan ini amat berpotensi untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan baharu di Kota Belud.

Usaha ini pastinya akan dapat membantu memulihkan ekonomi tempatan selaras dengan hasrat Kerajaan Persekutuan dalam proses pemulihan ekonomi akibat wabak COVID-19.