Kuala Lumpur, 10 September 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) menganjurkan Sesi Libat Urus Hala Tuju Negara Bersama Ahli Parlimen pada hari ini. Program yang dianjurkan Unit Perancang Ekonomi bertujuan untuk membentangkan hala tuju negara merangkumi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan penyediaan RMKe-12 dalam memacu ekonomi dan pembangunan negara. Hadir sama, YB Datuk Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, YB Timbalan-Timbalan Menteri, YB Ahli-Ahli Parlimen dan pengurusan tertinggi EPU.