Bandaraya Melaka, 14 September 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi bertempat di Hotel Hatten pada hari ini. Mesyuarat EAC yang dipengerusikan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin bersidang setiap Isnin bagi menangani cabaran ekonomi negara yang tidak menentu susulan pandemik COVID-19 itu, julung kali dilakukan di luar ibu kota.