- 98 views
Putrajaya, 25 September 2020 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Antara pengisian perhimpunan kali ini adalah Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat bertempat di Surau EPU serta penyampaian hadiah bersempena Bulan HRMIS.
YB Dato' Sri Mustapa Mohamed ketika menyampaikan amanat, merakamkan ucapan terima kasih kepada warga EPU di atas komitmen dalam memastikan fungsi utama EPU berjalan dengan lancar. Beliau turut mengingatkan warga EPU, intipati penting dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang efisien bergantung kepada kerjasama yang erat antara seluruh warga EPU.
YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) turut dirai secara ringkas bersempena ulang tahun kelahiran beliau pada hari ini.