Sungkai, 2 Oktober 2020 -YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) merasmikan Majlis Penutup Seminar Pendapatan Garis Kemiskinan di Institut Latihan Statistik Malaysia.

Seminar anjuran bersama North Corridor Economic Region melibatkan lebih 100 peserta daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Dikesempatan tersebut, YB Menteri turut serta di sesi 'Focus Group Dicussion' bagi mendengar isu dan pendapat daripada para peserta mengenai langkah-langkah yang membasmi kemiskinan.

Hadir sama, YB Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Tuan Azman Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis; YBrs. Dr. Maziah Che Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dan YBhg Datuk Seri Jebasingam Issace John, Ketua Eksekutif NCIA.