Putrajaya, 22 November 2020 - Mesyuarat Penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe12) dipengerusikan oleh YB Tuan Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) malam semalam.

Unit Perancang Ekonomi komited memastikan RMKe12 siap sedia untuk dibentangkan di Parlimen awal tahun hadapan. Ini akan menjadi panduan dan dasar pembangunan negara untuk 5 tahun akan datang 2021-2025.

Penyediaan RMKe12 mengambil kira keperluan dan dasar pembangunan Sabah dan Sarawak agar pembangunan inklusif tercapai di seluruh negara selaras dengan aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.