Kuala Lumpur, 30 November 2020 - YB Tuan Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) mempengerusikan bersama YB Dato' Sri Dr. Adham Bin Baba, Menteri Kesihatan Sesi Libat Urus Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Mesyuarat ini bagi mendapatkan input terbaru daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dasar dan perancangan kesihatan negara kita bagi 5 tahun yang akan datang 2021-2025.

Inisiatif ini adalah bagi memastikan penyediaan RMKe-12 yang lebih komprehsif untuk perancangan pembangunan ekonomi negara untuk 5 tahun yang akan datang.