Kuala Lumpur, 3 Disember 2020 - YB Tuan Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) mengetuai perwakilan Malaysia ke Mesyuarat Menteri Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) Ke-12 yang diadakan secara telesidang.

Antara perkara yang dibincangkan adalah cabaran kawalan harga dan bekalan minyak dunia dalam mengharungi situasi ekonomi dunia yang tidak menentu akibat penularan COVID-19.

Delegasi Malaysia dianggotai oleh Unit Perancang Ekonomi yang diketuai YBrs. Encik Azhar Noraini, Timbalan Ketua Pengarah (Sektoral), wakil Petronas dan wakil Jabatan Peguam Negara.