- 187 views
Kuala Lumpur, 22 Disember 2020 - Sesi Libat Urus Penyediaan RMKe-12 bersama Ahli Dewan Negara anjuran Unit Perancang Ekonomi telah diadakan bertempat di Bangunan Parlimen.
Sesi libat urus yang dipengerusikan YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) bertujuan untuk memberikan perkembangan terkini penyediaan RMKe-12 disamping mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada ahli-ahli Senator.
Hadir sama YB Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang Di-Pertua Dewan Negara; YBhg. Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Pengarah dan Pengurusan Tertinggi Unit Perancang Ekonomi.