Putrajaya, 24 Disember 2020 - Perhimpunan Bulanan Warga EPU bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berlangsung pada hari ini.

Perhimpunan yang dihadiri pengurusan tertinggi Unit Perancang Ekonomi turut disiarkan secara telesidang bagi membolehkan warga EPU & agensi di bawah EPU mendengar amanat YB Dato' Sri Mustapa Mohamed.

Dikesempatan tersebut, YB Menteri merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal khusus bagi warga EPU yang bakal meraikan hari tersebut esok.

Beliau turut merakamkan sekalung terima kasih diatas sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh warga EPU bagi memastikan penyediaan RMKe-12 berjalan dengan lancar.

Hadir sama YBhg. Tan Sri Noor Azlan Ghazali, Pengarah Eksekutif EAC; YBhg. Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Pengarah & Pengurusan Tertinggi EPU.