- 44 views
Putrajaya, 3 Mac 2021 - Kunjungan Hormat oleh YBhg. Datuk Ir. Baharin Din, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB ke atas YBhg. Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.
EPU JPM mengucapkan tahniah kepada YBhg. Datuk Ir. Baharin Din atas pelantikan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkuatkuasa 1 Mac 2021.
Kunjungan hormat ini mengeratkan lagi hubungan baik antara EPU JPM dan TNB yang memainkan peranan utama dalam menjamin keselamatan tenaga, boleh harap, mampan dan berdaya saing.