Kuala Kubu Bharu, 9 Mac 2021 - YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana (Ekonomi) mengadakan lawatan ke Tapak Projek Gedung Makanan Negara bertempat di FELDA Sungai Tengi hari ini.

Beliau berkesempatan melawat tapak pokok buah tin disamping mengadakan Ziarah Kasih kepada peneroka yang uzur. Di akhir lawatan tersebut, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) turut mengadakan pertemuan bersama wakil-wakil peneroka FELDA Sungai Tengi.