Putrajaya, 20 April 2021 bersamaan 8 Ramadan 1441 hijrah, PUSPANITA UPE, JPM telah mengadakan program agihan sumbangan bubur lambuk Kampung Baru kepada 680 warga UPE, JPM. Agihan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datin Suzana binti Kamisan, Pengerusi PUSPANITA UPE, JPM.

Program ini bertujuan untuk memupuk ikatan ukhuwwah yang lebih erat dan mesra dalam kalangan warga UPE, JPM  dengan Jawatankuasa Induk PUSPANITA UPE, JPM selain meraikan makna bulan Ramadan, iaitu saling memberi dan mendokong antara satu sama lain.

Terdahulu PUSPANITA UPE, JPM telah mengedarkan agihan kurma kepada semua kakitangan dan pegawai wanita UPE, JPM.