- 142 views
Putrajaya, 4 Mei 2021 - PUSPANITA UPE, JPM meneruskan tradisi program Semarak Syawal Lambaian Budi yang lazimnya diadakan pada bulan Ramadhan setiap tahun.
Seramai 80 orang kakitangan gred 11 sehingga 14, ibu tunggal dan Polis Bantuan yang berkhidmat di UPE, JPM telah menerima agihan sumbangan yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Saiful Anuar bin Lebai Hussen, Ketua Pengarah UPE, JPM merangkap Penasihat PUSPANITA UPE, JPM bersama YBhg. Datin Suzana binti Kamisan, Pengerusi PUSPANITA UPE, JPM.
Program ini bertujuan untuk menyemai ikatan persaudaraan dalam kalangan warga UPE, JPM di samping memupuk semangat kesyukuran di bulan yang mulia.