- 42 views
Putrajaya, 27 Februari 2020 - YBrs. Dr. Maziah binti Che Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) melancarkan Karnival Sukan Peringkat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) Tahun 2020. Program anjuran Badan Kebajikan dan Sukan MEA berlangsung mulai Februari hingga September 2020 dengan pertandingan E-Sports antara rumah sukan sebagai pembuka tirai kalendar karnival tersebut. Penganjuran karnival sukan ini adalah antara inisiatif MEA dalam menyuburkan semangat kesukanan dalam kalangan warga MEA dan amalan hidup sihat serta minda yang cerdas.