SELANGOR, 21 September 2022 – Pelaksanaan Majlis Gerak Mula Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) fasa pertama di Kampung Orang Asli (Koa) Ulu Batu, Gombak  Selangor.


Program tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Yatimah binti Sarjiman, Timbalan Ketua Pengarah (Sektoral), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM). Turut serta adalah En. Mohamad Anis Othman, Pengarah JAKOA Negeri Selangor, pegawai-pegawai Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam (BKKA EPU), wakil-wakil daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (UPEN), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Unit Penyelarasan Pelaksanaan Negeri Selangor (ICU), Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDT), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan 32 orang ketua isi rumah (KIR).