- 194 views
PUTRAJAYA, 14 Oktober 2022 - Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Badan Kebajikan dan Sukan EPU & Sanjungan Budi Tahun 2022 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Majlis ini bertujuan meraikan jasa dan pengorbanan pegawai dan kakitangan EPU yang telah dan bakal bersara pada tahun ini.
Antara yang diraikan pada majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Seri Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Pengarah EPU. 14 Oktober 2022 merupakan hari terakhir buat YBhg. Datuk Seri Saiful Anuar Lebai Hussen dalam Perkhidmatan Awam setelah lebih 33 tahun mencurah bakti.