- 85 views
KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2022 - Yayasan Sejahtera dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), United Nations Development Programme (UNDP) dan Bank Dunia telah menganjurkan Persidangan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa (IDEP 2022)
Persidangan bertemakan "Building Sustainable Communities" atau "Bersama, Sejahtera" itu dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) yang turut menyampaikan ucaptama.
Persidangan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, cabaran dan kisah kejayaan dalam usaha membasmi kemiskinan dalam era pasca pandemik.