KUANTAN, 29 Oktober 2022 - Reruai Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Pahang, di Kuantan menerima kunjungan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara hari ini.

Mengiring lawatan YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali adalah YBhg. Dato’ Dr Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) EPU. Turut mengiringi ialah YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri serta pegawai-pegawai kanan yang lain.