Sesi pertemuan YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi bersama Pengurusan Tertinggi Pihak Berkuasa Koridor (PBK) telah diadakan di Menara Prisma, Putrajaya pada hari ini.

Hadir sama, YBhg. Datuk Dr. Zunika Binti Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) EPU, YBrs. Dr. Haji Mohd Shaharin Bin Umar, Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah (BPW) EPU, pegawai BPW dan 15 orang pegawai tertinggi daripada PBK.