PUTRAJAYA, 20 Disember 2022 – Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan & Sukan Unit Perancang Ekonomi (BKSU) 2022 telah berlangsung semalam yang dihadiri kira-kira 200 orang ahli.

Mesyuarat tersebut dirasmikan YBhg. Datuk Dr Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan turut dihadiri YBrs. Encik Zulkifli Harun, Pengerusi BKSU EPU.

Keputusan pemilihan kepimpinan baharu BKSU bagi penggal 2022/2023 menyaksikan YBhg. Datuk Mariam Ilias, Pengarah Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi, EPU dipilih sebagai Pengerusi BKSU EPU yang baharu manakala timbalannya disandang oleh YBrs. Encik Azmi Mat Yasin, Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Maklumat, EPU.