- 266 views
Putrajaya, 22 Disember 2022 - Mesyuarat Kerjasama Strategik antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Ekonomi telah berlangsung hari ini.
Hadir ke mesyuarat tersebut ialah YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Mesyuarat bagi membincangkan isu-isu berkaitan kos sara hidup itu disertai pengurusan kanan kedua-dua kementerian.
Turut hadir, YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YBhg. Dato’ Azmie Diron, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.