PUTRAJAYA, 29 Disember 2022 – YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada H.E Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia di Menara Prisma, Putrajaya.Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama antara Malaysia dan Singapura di samping memperkukuh hubungan dua hala yang mesra antara kedua-dua negara.Dalam pada itu, pertemuan ini juga membincangkan dengan lebih mendalam mengenai (JMCIM) yang bertumpukan perkongsian pakar dalam meningkatkan produktiviti makanan.

Hadir sama, YBrs. Encik Tay Lide, Kaunselor (Ekonomi), Suruhanjaya Tinggi Singapura, YBrs. Puan Ruthanne Soh, Setiausaha Kedua (Politik), Suruhanjaya Tinggi, YBrs. Encik Paarteeben a/l Subramaniam, Timbalan Pengarah II (Kerjasama Serantau), Bahagian Pembangunan Wilayah, Kementerian Ekonomi, dan YBrs. Encik Abu Zeid Mohd Arif, Timbalan Pengarah II (Model Ekonomi & Akaun Sektor Awam), Bahagian Ekonomi Makro, Kementerian Ekonomi.