- 86 views
PUTRAJAYA, 10 Januari 2023 - Satu mesyuarat secara dalam talian di antara YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan Gan Kim Yong, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura (MTI) berlangsung hari ini.
Dalam mesyuarat berkenaan, kedua-dua pihak membincangkan beberapa perkara bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi dua hala Malaysia dan Singapura.
Turut menyertai mesyuarat tersebut beberapa pegawai kanan Kementerian Ekonomi antaranya Dato’ Mohamed Irwan Mansor, Pengarah Bahagian K-Ekonomi, YBrs. Dr. Mohd Shaharin Umar, Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah dan YBrs. Puan Ashikin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Kerjasama Antarabangsa.