- 102 views
PUTRAJAYA, 10 Januari 2023 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi menerima kunjungan hormat daripada pengurusan kanan Khazanah Nasional Berhad di pejabat beliau di Menara Prisma.
Pertemuan itu diketuai YBhg. Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah, YBhg. Dato' Mohamed Nasri Sallehuddin, Pengarah Eksekutif, Penasihat Undang-Undang, Setiausaha Syarikat dan Ketua, Perkhidmatan Korporat dan Sokongan Khazanah serta Datuk Hisham Hamdan, Pengarah Eksekutif, Ketua, Pasaran Awam dan Ketua, Portfolio Peluang Aktif Khazanah.
YB Rafizi Ramli bersama pengurusan tertinggi Kementerian Ekonomi kemudian mengadakan perbincangan dengan pengurusan kanan Khazanah berhubung pelbagai perkara berkaitan.