KUALA LUMPUR, 28 Februari 2023 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Yang Terutama Senator Penny Wong, Menteri Luar Negeri Australia di Kuala Lumpur.

Beberapa perkara telah dibincangkan bagi mengukuhkan ekonomi dua hala Malaysia dan Australia.

Antaranya, peluang untuk meningkatkan jalinan ekonomi di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif, kerjasama ekonomi digital Malaysia-Australia dan tinjauan bagi ekonomi Malaysia.