PUTRAJAYA, 9 Mac 2023 - Sesi Libat Urus YB Menteri Ekonomi bersama Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri berlangsung di Dewan Kristal, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Dalam ucapannya, YB Rafizi Ramli menerangkan mengenai pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan peranan Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menjayakannya.

Hadir sama YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YBhg, Datuk Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan Yang Berusaha Tuan Haji Muhammad Razman Abu Samah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPKT.

Turut hadir Wakil-wakil Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri serta Yang Berbahagia Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis.