- 100 views
PUNCAK ALAM, 21 Mac 2023 - Mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kini diperluaskan ke kampus dengan UiTM Cawangan Selangor (UCS), Kampus Puncak Alam menjadi lokasi sulung pelancarannya.
Dilancarkan YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, mesin layan diri di bawah Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) itu menawarkan pelbagai menu menarik pada harga cukup mesra pelajar.
Hadir sama pada pelancaran mesin layan diri itu ialah YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YBhg. Datuk Dr Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi, YBhg. Prof Dr. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM dan Yusuf Hassan, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM.