DAMANSARA, 21 Mac 2023 - Kementerian Ekonomi dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan usahasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah melaksanakan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah komponen Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) menerusi pelancaran Projek IPR INTAN @ PJ City Food Valley.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi bersama YBhg. YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, YBhg. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBrs. Tuan Mohamad Azhan Md Amir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan YBrs. Dr. Mohamad Khairil Mohamad Razi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS.