PUTRAJAYA, 28 Mac 2023 – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Ekonomi telah mengadakan Mesyuarat Agung Puspanita Tahun 2023.

Seramai 200 orang Ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi telah hadir ke majlis tersebut. Majlis perasmian diserikan dengan kehadiran YBhg. Puan Afisza Ashak, suri kepada YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi merangkap Penaung PUSPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi.

Turut hadir YBhg. Datin Roziah Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBrs. Puan Nazaria Baharudin, Timbalan Ketua Perangkawan (Sosial & Pembangunan Teknikal), dan Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Ekonomi.