PUTRAJAYA, 14 April 2023 - Kementerian Ekonomi dengan usahasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan sebuah program realiti TV, INNOVATHON yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjana dan mengembangkan idea inovatif mereka untuk dekomersialkan sebagai produk digital dan tech melalui format hackathon.

Inisiatif ini merupakan langkah penting kerajaan bagi melahirkan bakat inovasi serta teknologi dalam usaha ke arah ekonomi digital dan tech yang bernilai tinggi.

Siri realiti TV ini akan disiarkan dalam bulan Jun 2023 selama sepuluh minggu melalui kerjasama ASTRO dimana penyertaan INNOVATHON ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan had umur.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi bersama Y.Bhg Datuk Ts Dr Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi dan Azlin Reza Azmi, Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro.