- 67 views
PUTRAJAYA, 17 April 2023 - YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi telah menyampaikan sumbangan Aidilfitri berbentuk duit raya dan bakul keperluan asas kepada 68 orang warga Kementerian Ekonomi yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 1-16 dan Polis Bantuan di Menara Prisma.
Program ini merupakan anjuran Badan Kebajikan dan Sukan (BKSU), Kementerian Ekonomi dan PUSPANITA Cawangan Kementerian Ekonomi.
Hadir sama, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Datuk Yatimah Sarjiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektoral) serta pegawai-pegawai Kementerian Ekonomi.