AMPANG JAYA, 14 April 2023 - Kunjungan YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi ke atas Ketua-Ketua Jabatan di dalam Parlimen Pandan diteruskan lagi dengan kunjungan ke Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Dalam kunjungan itu, YB Rafizi Ramli telah diberi taklimat oleh YBrs. Dr Ani Ahmad, Pegawai Daerah Hulu Langat, dan YDH ACP Mohamad Farouk Eshak, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.

Menerusi pertemuan tersebut, YB Menteri Ekonomi telah bertukar pendapat dan berbincang mengenai isu-isu berbangkit di kawasan setempat. Turut disentuh agenda peringkat nasional termasuk program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dilancarkan di Ampang Jaya hujung Februari lalu.