KANGAR, 22 Mei 2023 - Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12) oleh Kementerian Ekonomi diteruskan lagi bersama Kerajaan Negeri Perlis yang dihadiri oleh YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi.

Sesi Libat Urus ini bertujuan membentangkan mengenai hala tuju pembangunan negara bagi KSP RMKe-12 dan mendapatkan cadangan daripada Kerajaan Negeri mengenai perancangan pembangunan di peringkat negeri Perlis.

Turut hadir bersama, YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN), YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta YBhg. Datuk Dr Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi.