- 252 views
KANGAR, 22 Mei 2023 – YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi telah melakukan kunjungan hormat ke atas YAB Tuan Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis. Kunjungan hormat itu membincangkan tentang pembangunan ekonomi peringkat negeri dan cadangan projek berimpak tinggi yang akan dilaksanakan di negeri Perlis.
Antara projek yang telah dilaksanakan di negeri Perlis adalah perkhidmatan ke arah Tenaga Lestari di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA).
Hadir sama, YBhg. Datuk Dr. Zunika Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi, YB Tuan Haji Zepri Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis, YBrs. Encik Rusdi Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) dan YBrs. Puan Puteh Soraya A Rahman, Setiausaha Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri.