- 49 views
PUTRAJAYA, 18 Mei 2023 - Sesi Focus Group Discussion Bagi Kumpulan Kerja Joint Ministerial Committee For Iskandar Malaysia (JMCIM) telah diadakan pada 18 Mei 2023 di Hotel Everly, Putrajaya. Bengkel ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Ekonomi dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA). YBhg. Datuk Dr. Zunika Binti Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Ekonomi telah menyampaikan ucaptama di bengkel tersebut, yang menjelaskan tujuan dan hala tuju JMCIM.
Sesi Focus Group Discussion ini bertujuan mengemaskini maklumat serta memastikan penjajaran semula strategi antara Kumpulan Kerja JMCIM sebagai persediaan Mesyuarat JMCIM Ke-16 yang dijadualkan pada 14 Julai 2023 di Singapura serta mengenal pasti isu-isu tertunggak di pihak Malaysia selain membincangkan wish list Malaysia bagi tujuan penyelarasan dan persediaan.