- 219 views
KUALA LUMPUR, 14 Jun 2023 - Mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kini mula beroperasi di Tingkat 2 Menara Utama, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Selain menjana pendapatan buat peserta IPR di bawah Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN), program tersebut turut menawarkan pilihan makanan berkualiti pada harga murah kepada pengguna.
YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi turut hadir meninjau mesin layan diri IPR di PPUM.
Hadir sama, YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan Profesor Dr. Nazirah Hasnan, Pengarah PPUM.
Orang ramai boleh membeli makanan dan minuman yang disediakan di mesin layan diri tersebut dengan harga bermula dari RM2 hingga RM5.